Sunday, October 23

Harimau Yang Beriman

Kisah ini hanyalah sekadar hiburan, bole cerita kat anak-anak mase tidur :)

Alkisah… Seorang lelaki islam ponteng Solat Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang masuk hutan untuk memburu ayam hutan..sedang dia terhendap-hendap di dalam semak,
tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor Harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah semak, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!!! Kedua-dua kakinya patah. Jangan risau… ini bukanlah berita buruk. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

Ya Allah, doa lelaki tersebut. "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini.. Ampunilah aku ya Allah.. makbulkan hajat ku ini.. jadikanlah Harimau yang memburuku Muslim yang beriman.. tolong ya Allah, Aminn..”
Tiba-tiba…. Sambil menadah kedua kaki depannya ke langit… Harimau tersebut pun berdoa,
“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar, Amin!”


ni Harimau Hagemaru :d

p/s: Sama-samalah kita mengaminkan….amin…

1 comment:

UniMeOw said...

hahaahaha..comel punye cter!!!

ermm imau tu pon sama je,,ponteng jumaat! :p