Friday, October 7

Salam Jumaat ; Kaki Ponteng Solat Jumaat!!


Hari Jumaat, penghulu segala hari. Kes ponteng sembahyang Jumaat ni selalu terjadi kepada kaum lelaki. Time orang sebuk peg kua rehat untuk ke masjid semayang jumaat diorang ni pulak peg melencong kekedai mamak,sembang-sembang, hisap rokok walhal azan kan masjid dah masuk kali kedua. Kepada kaum wanita jika terjumpa golongan ponteng solat Jumaat ni time orang sembahyang Jumaat, cuba guna cara-cara ini. Agak best, tapi sebenarnya "makan dalam" Hehehe :)

1) Cakap dengan agak kuat, “aku teringin sangtlah nak merasa nikmatnya sembahyang jumaat”, kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya. Kot-kot insaf Mat ponteng tu kn.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang sibuk Sembahyang Jumaat”. Mau terbantut nak makan Mat ponteng tu.

3) Jika korang bersama adik, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang jumaat, buat-buat memujuk adik anda dengan mengatakan “adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar ayah bawaklah pergi sembahyang jumaat tu”. Tersentap kat situ jugak Mat ponteng tu nanti.

 4) Pergi ke lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, hari ini hari apa eik, maklumlah saya ni ada masalah sikit nak ingat hari” Mau touching Mat ponteng tu.

5) Kalau korang jenis cantik dan lawa, korang pura-puralah cakap kat kawan korang, “eh aku kan suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool”. Mesti Mat ponteng tu terus balik dan bersiap.

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”. Orang yang tak pergi solat Jumaat ke?  Silap-silap mencanak lari Mat ponteng tu.

7) Kalau korang jenis berani sikit je, korang pura-pura tanya kat kawan depan, “eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”. Mat ponteng tu mesti kerkedu kejap.
                                                                                                              
8 ) Kalau korang jenis yang berani, tegur direct je, “abang dah masuk waktu abang tak sembahyang Jumaat?”. Tersentap terus Mat ponteng tu.  
                              
Okey tak cara ni? sebenarnya kalau lelaki tu dah jenis hati kering korang nasihat dan tegur macamana pun dia haram nak kisah. Cara diatas bukanlah cara yang serius, namun boleh juga digunakan sebagai panduan.
Kalau korang berpendapat cara ni tak logik, tak payah lah buat okay. Lain orang mungkin lain cara menegurnya begitu juga lain orang lain cara mereka menerima teguran. Hati manusia takda siapa pun yang tahu. Mungkin manusia cuma nampak salah orang lain tapi tak nampak salah sendiri.


p/s; Tapi ingat ''Ketahuilah dirimu dengan selalu melihat 'cermin'.. Cermin pertama, pada hatimu.. Cermin kedua, wujud disekelilingmu.. Okay, Selamat Menegur ;)




No comments: