Saturday, December 10

Betulkah Perokok Juga Ada Hak?

*Sumber Mingguan Malaysia

ASSALAMMUALAIKUM...


YA! HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA
SEBATANG ROKOK !

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan: 
     ~ 24 sen untuk cukai hasil tembakau
    ~ 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
         5 sen untuk peruncit
         1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok
         1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen sahaja!

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
         ~ 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
         ~ 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
         ~ 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
         ~ 4 kali lebih ancaman serangan jantung
         ~ 2 kali lebih risiko serangan strok
         ~ 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.



BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT, KATAKAN TAKNAK KEPADA MEROKOK!

Lala berkata: macho ke merokok kalau mengundang bahaya pada diri sendiri?
 Ada otak fikir la sendiri wahai kaum adam. 

terima kasih sebab sudi baca, like kalau suke.
komen kalau anda hebat (^__^)v

Thursday, December 1

Jum Shop; Aifa La Mode

ASSALAMUALAIKUM...

hye kawan-kawan sume, sihat tak? kalau sihat senyum k cmni :)
harini tuan blog tak brape sihat la, tapi pasal nk update blog punye pasal 
terasa bersemangat sikit. harini aku nak promote sikit business online 
yang member aku buat, dorang baru je menjalankan business ni bulan lepas, 
so please support kay. aku appreciated sangat-sangat..
nak tau sape pengasas die.. tengok ni, 2 orang member aku yang cumel sangat :D



kalau korang berminat jum la tengok 
ade blaus, dress, kemeja and banyak lagi stok baru akan datang
so jum reramai serbu!! 


lala berkata: good luck yunk, aku akan sentiasa support korang tau ;)

terima kasih sebab sudi baca, like kalau suka
kalau komen anda hebat (^__^)v

Zombie Badak Kampung Pisang

ASSALAMUALAIKUM...

Tidak ku sangka cempedak dah jadi nangka, 
badak yang sering digambarkan sebagai binatang yang lucu
 kekadang boleh menjadi haiwan yang ganas. 
Jadi sekarang siapa yang masih suka dengan Blue Hyppo?

Tengok ni


hahaha.. kalau sume nak cumel jer memang tak hidup la badak ni kan.

nak tengok artikel yang lagi menarik jum klik sini


terima kasih sebab sudi baca, like kalau suka
kalau komen anda hebat (^__^)v

Thursday, November 24

Mengigau Penyakit Atau Tabiat?

ASSALAMUALAIKUM...

mengigau atau mimpi malam.. adekah ianya satu penyakit 
atau tabiat? kenape dipersoalkan? saje nak amik tau. 
maklumlah akak aku memang selalu mengigau malam, setiap kali die mengigau aku akan tersedar, asal malam je mengigau..asal mengigau je malam,fuh! fedup gak aku, pasal die aku terjaga malam dan mase tidur aku da membazir kat situ kan.. act time aku tidur aku leh peka dengan keadaan sekeliling, xtau nape..magic kut, hahaha.. 
ok mengigau malam ni sebenarnya bercakap semasa tidur atau pun meracau.
ape yang seram kalau mengigau cakap biasa2 jer bole la lagi kalau mengigau gelak kuat2,fuhh berderu gak roma aku ni. banyangkan dalam keadaan gelap gelita lagi sunyi sepi tetibe terdengar bunyi orang gelak kuat2..ah buat tabiat hape, memang kejutan buat aku la kan. ni pulak cerita akak aku yang selalu mengigau malam, baru2 ni die mengigau sambil berjalan pastu cakap hape entah (xbrape paham bhs mengigau) aku pun dengan automatiknya tersedar dan tengok jela drama mengigau die tu.
hurm..da tau da mengigau lettew. padahal die bukak mata pun bole tak sedar gak, pelik aku..then pandai pulak cari katil tu balek tuk sambung tidur.. haha, aneh2 jela.
hari keesokkannye cerita la balek kat 1family yang akak aku mengigau semalam, memang jadi bahan gelak lah.hahaha
persoalannya? jeng3x.. adakah ianya satu penyakit atau tabiat?
walaupun ia adalah perkara biasa namun bagi aku memang luar biasa kalau seseorang tu boleh mengigau tiap2 hari. orang yang mengigau ni terlalu stress kut atau pun tak cukup tidur kah? penat kah? faktor makanan kah? entah lah, sila jawab? 
. . . . .

bagaimanakah cara menanganinya?

1. tidur awal dalam keadaan berwuduk
2. membaca doa sebelum tidur, doa tidur okes!
3. baca ayat 'tiga qul' iaitu surah al-ikhlas, al-falaq dan al-nas sebanyak 3x, kemudian hembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan. 
4. tidur menghadap sebelah kanan.

sumber : hmetro


* kalau orang yang mengigau tu tak sedar2, bagi je penampar sedas.
hahaha (jahatgiler)

lala berkata : selamat tidur sihensem dan simanis, kbai (=,=)zZzZ


terima kasih sebab sudi baca, like kalau suka
kalau komen anda hebat (^__^)v


Tuesday, November 22

Cayalah Harimau Malaya

ASSALAMMUALAIKUM...

hye semua, amboi senyum jer nampak..huhu sape tak bangga kan MALAYSIA muncul juara bola sepak dalam SUKAN SEA 2011 semalam, wahhh suke betul aku.. mesti ramai yang update blog pasal mende ni kan, aku pun turut tidak ketinggalan..yela nak kongsikan kegembiraan bersama rakyat M'sia. ceehh, bangga..terharu..wow tak dapat nk diungkapkan dengan kata-kata. hehe semalam tengok game kat rumah jer, lepas pasukan m'sia menjaringkan bola pada separuh masa yg pertama memang bergegar taman aku dengan sorokkan team m'sia dekat kedai depan umah aku tu..seronok sangat sampai aku pun menitiskan air mata..weh menangis sebab gembira punya pasal.huhu sampai lah akhir kemuncak aku tengok dengan adeq n abah aku. tak sangka aku berjiwa bola jugak kan.haha tetibe kerana m'sia punya pasal. tapikan harini tak de cuti umum ke? hehe sesuka hati jer. tu pun kalau aku jadi PM lah. hahaha(hokmulah!) 

Selamanya..selamanya.. selamanya Harimau Malaya, aummmmmmmm..

nah amik kau Garu Dadaku!!

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda..





" PENTAS AKHIR DENGAN PENALTI,

HARAPKAN AWANG IMPORT TAK MENJADI,
SANG GARUDA TAK BOLEH TERBANG LAGI,
DI BAHAM HARIMAU SEPARUH MATI...

... GELORA BUNG KARNO MENJADI SAKSI,
HEBATNYA FAHMI PERTAHAN GAWANG SENDIRI,
BERGAYA SUNGGUH BADROL SUDAHKAN PENALTI,
BUAT H.A.R.I.M.A.U M.A.L.A.Y.A MENGAUM LAGI... "

terima kasih sebab sudi baca, like kalau suka

Thursday, November 17

Rahsia Jari Kita

ASSALAMUALAIKUM...




Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan… “Allahu Akhbar” sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira… Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah.. naik kepada jari ketiga. Jari paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang iu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk pula. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah S.W.T ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendakah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari namanye. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Mereka makan ‘garam’ terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh kata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan. Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. 
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

 bukan ini yang kita nak.. 

lala berbisik: gunakan lah jari kita sebaik mungkin :)


terima kasih sudi baca..like kalau suka



Seni Bayang-Bayang Daripada Sampah

Asslamualaikum...

hai korang sume (,") nak tanye ni, korang penah tak buat bayang-bayang bentuk haiwan, 
ala yang gaya tangan tu pastu korang suluh kat lampu then terhasilkan imej tu,
 macam burung ke, rama-rama ke..mesti korang penah buatkan.
Tapi kali ni aku nak kongsikan dengan korang something yang mesti korang tak penah tengok punye, wa caya lah!! haha.. cube korang tengok seni bayang-bayang kat bawah ni,
kreatif betul la dorang..sampai aku pun tak terfikir camne dorang boleh buat sume ni..
 Yang menariknya mereka menghasilkan bayang-bayang ni dengan hanya menggunakan serpihan-serpihan sampah. Sampah? Dasyat kan, aku yakin mesti korang jakun tengok bende ni, same la macam aku.hahaha 

tengok ni >>


ni lagi >>


dan ni >>

lagi >>


yang ni pulak >>


dan >>
hah, dah abis lah.. ternganga korang tengok. haha.. amazing rite? 

lala berbisik : aku mampu buat gaya burung je wea :D

Wednesday, November 9

Wordless Wednesday #4


music is life. haha get it?

Take Control Of The Test

ASSALAMUALAIKUM..

Pada mulanya nak buat entry ni sebagai Wordless Wednesday tapi tak jadi pulak,
teringatkan adik-adik yang nak duduki SPM tahun ni yang bakal menjelang beberapa hari lagi, nebes tak? biase la kan exam besar. kalau nak ingat balek zaman persekolahan yang da 4tahun ditinggalkan tu memang paling best la. oke2 tak nak cite panjang lagi, just nak wish good luck to all readers and blogger candidates SPM 2011 ^__^ sedikit tips untuk ulozz :-

- study smart
- banyakkan berdoa dan beribadah
- kurangkan mainan di alam maya ;)
- rajin2 lah tengok past year question
- jaga kesihatan
- jaga permakanan 
- muliakan guru
- mintak restu ibu bapa
- masuk dewan peperiksaan dengan tenang 
- baca bismillah
- yakin dengan pilihan jawapan
- selamat menjawab :)


harap-harap dapat soalan yang senang yer, insyallah :)

Sunday, November 6

Transfomasi Berjaya

Assalamualaikum..

hai follower.. lewat betul tidur malam ni, around 3 a.m o'clock still wekup.haha punye la semangat kan, ha ini la  kerja aku hasilkan setelah sekian lamenye mengerjakan tuk buat header baru, mengambil masa lebih kurang 2jam jugak la, lama kan? biasa la budak tak terer, buat kat adobe photoshop pun terkial-kial cam budak baru pegang laptop..haha

 dulu-dulu,cehh..




dan sekarang.. tu dia hasilnye


simple je, cite rase tersendiri.. bezanya header dulu aku amik doodle dari Afzal, 
 doodle tu dimanipulasikan ke dalam alam maya dan terhasilah dalam header sekarang ni,haha.. mcm bangang je bunyi. whtever lah. hasil cipta terpelihara tuh, cewahh bangga sikit dapat buat hasil sendiri kan.huahuahua.. so amacam? ok tak geng?

p/s: transformasi berjaya aku puas hati,haha..

Saturday, November 5

Penghargaan Follower ke100 ; Bebby NorLurb

Assalamualaikum...

wah..happy yer follower da meningkat, helleh baru 100 je pun nak kecoh kan, kecophii betul lah. haha, sape tak suka kan.. yela blog tak retis mane pun. 
jum tengok sape follower ke 100 yang bertuah tu.hehe
tuh diaa..







nak hadiah? 
entri ni untuk kamu sorang je boleh, hehe.. jum ramai2 follow blog die jugak.
jangan lupe follow mellow dan komen yer..mashi2

p/s: terima kasih follower, jadi lebeh bersemangat untuk ber-blog <3



Salam Aidiladha

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM AIDILADHA 1432H 
kepada semua saudara saudari blogger dan seluruh umat islam..
semoga ibadah korban diterima illahi, insyallah.

seperti biasa aku beraya di KL aje :)
nanti makan daging korban tu ingat2 la bace bismillah dulu yer, hehe.




Thursday, November 3

Iklan Baru Dutch Lady

Assalammualaikum..

ni kesah mase aku nak peg keje, tunggu bas punye la lame. relax2 dulu. 
tetiba ade sekor kucing rayau ni duk atas meja sambil minum air dutch lady coffee tuh. haha aku pun snap gambar die, sempoi betul kucing ni. agaknye da kenyang ler tu lepas dapat minum air dutch lady sebelah die tu. aku ingatkan air dutch lady tuk budak sekolah 6tahun gan 12tahun jer yang minum rupenye kucing ni pun leh telan air tu, yela sedap kan aku pun suke. agaknye lepas ni pihak dutch lady kena buat iklan baru la yer. "Dutch Lady For Cat" haha. memang sihat lah kucing aku! 

sambil berkata "akak mintak tolong belikan dutch lady chocolate pulak"
 meowww :D

sehingga menjilat jari. hahaha

p/s: terliur pulak tengok kucing ni minum ;)

Lagu Cinta Kita


nak share lagu gan korang, boring-boring ni kan.
lagu ni dinyanyikan oleh Teuku Wisnu Feat Shireen Sunkar - Cinta Kita
suke dengar time lonely gitu, felling habis.wahh







- dorang berlakon bersama dalam cite Cinta Fitri kat tv9

lirik Cinta Kita

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu


Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan


Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini


Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan


Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Wednesday, November 2

Kisah Sadis Sepasang Burung




kali ni aku nak kongsikan cerita sadis yang aku terbaca dari blog Klik-aje . rasa-rasa nya dah ramai yang tau cerita sadis pasal seekor burung ini, aku jer yang baru tau, huhu sedehnya. Dikatakan berjuta-juta manusia menangis selepas melihat gambar ini di seluruh negara apabila gambar ini disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Ianya merupakan gambar yang menyentih perasaan mengenai sepasang burung tersebut.
 
.
.
.

burung betina ini mengalami kecederaan selepas dilanggar oleh sebuah kereta akibat terbang dalam ketinggian yang rendah. 

.
.
.

burung jantan datang dan cuba membantu burung betina dengan penuh kasih sayang diantara haiwan tersebut.

.
.
.

burung jantan mencuba sekali lagi dan terkejut apabila mendapati burung betina sudah tidak lagi bergerak, biarpun dia telah cuba menggerakkannya beberapa kali.

.
.
.

burung jantan telah memahami bahawa pasangannya itu telah mati, namun dia masih cuba untuk menggerakkannya.

.
.
.

burung jantan kemudiannya bersiri dan bersiul tanda ia dalam kesedihan.

.
.
.

akhirnya burung jantan ini mengalah dan meratapi kematian pasangannya dengan penuh kesedihan bahawa burung betina tidak akan kembali padanya lagi.

:'(

walaupun haiwan tidak mempunyai akal tapi mereka tetap mempunyai hati dan perasaan.










Tuesday, November 1

Wordless Wednesday #3




memikirkan nak makan ape untuk lunch kejap lagi :)

Aku Bukan Budak Sekolah La Budak!!

haha. ade ke patut? cerita dia camni, haritu aku tak berapa sihat, ngade-ngade tanak pegi keje alasan sakit perut bagai tapi memang sakit la takde tipu sunatnye.haha then aku pegi la klinik berdekatan dengan rumah aku, jumpe doktor bukan main laju die check macam supermak, padahal...hurm, check amendenye.. die ingat aku tipu ke hape, nampak sangat muka aku kesian kan :( ha betul aku sakit perut sebab tak makan, perut masuk angin cari penyakit sendiri, padan muka! hehe lepas da amik ubat tu aku mintak la surat cuti sakit. then nurse tu yang bagi ni ha surat cuti sakit, eh bukan tapi surat cuti sekolah..

- ejaan pun, alahai.. agaknya doktor tu yang tak sihat kut -

haih.. die ingat aku ni budak sekolah lagi ke? mentang-mentang la muka aku comel lagi kesian, haha perasan :P die baginye aku surat tak laku ni, memang la kan da namenye pegi klinik swasta, naseb baik aku ade panel so takyah la kena bayar..nak tanak aku amik la pasal aku bace surat tu pn lepas aku da sampai kat umah. dengan muka sihat keesokkan harinya aku serahkan surat cuti sakit tu dekat bos aku, fuhh..nasib baik bos aku trima tapi bos aku kesah hape aku cuti berapa lama pn die tak kesah, aku je yang terdisiplin lebeh. konon nak jadi pekerja cemerlang la katekan. haha.. ok lepas ni taknak da amik mc kat ko Shafi!!


Katakanlah Kita Ini...

Situasi Pertama :-


Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.


Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini: Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?


Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.


Situasi Kedua :-


Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.


Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!


Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. "Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini." Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan."


Apa rasa kita masa itu? Jangan selalu menghukum orang tanpa melihat keadaan disebaliknya! Salah orang lain nampak aje salah sendiri? hurm.. Wallahualam.



p/s: Ingatkan diri sendiri dan sesama manusia. 
Renung-Renungkan dan Selamat Beramal
 :)

Monday, October 31

Tag Dan Jawab ; Get Tagged From Fir Marlyn

Assalammualaikum... pepagi ni jenguk shoutbox aku, tengok-tengok Marlyn bagi tau yang die tag aku untuk jawab segmen yang tengah femes dalam blog sekarang ni iaitu segmen tag, soal dan jawab macam game pulak kan. Eh, kejap..betul ke Marlyn tag aku ni? tengok kat blog die takde pulak blog aku kene tag ke hape, betol ke? macam tak percaye jer.. retis ke blog aku ni? ke aku je yang perasan lebeh? hahaha.. takpe la, pape pun thanks kat cik amalina kerana bagi segmen ni kat saya :) sory baru ade time nak jawab, saya jawab ni..saya jawab ni.. pecah kaca pecah pala..dah kena tag kena la jawab.hahaha sesape yang nak buat segmen ni mesti ade syarat..

You must post these rules.
•Each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
•Answer the questions the tagger set for you in their post and create
eleven new questions for the people you tagged to answer
•You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
•Go to their page and tell them you have tagged him/her
•No tags back
•No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading
this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag
11 people

ini dia 11 things abaut fadilahrusli :)

~ seorang yang pendiam tapi suka bagi orang gelak.
~ suka mengambil gambar dan mengindam camera dslr. 
~ dulu budak pendek sekarang budak besar, hehe.
~ tiada lesen kereta dan xde kereta.
~ seorang pelajar sepenuh masa di politeknik ungku omar, ipoh.
~ bercita-cita untuk menjalankan business online
~ suka memasak dan makan. :)
~ mudah jatuh cinta pada senyum seseorang
~ single yang tegar. hahaha
~ peminat drama korea tapi xlayan k-pop 
~ suka shopping dalam berjimat. 


   fuhh.. penat memikirkan pasal diri sendiri.hahaha retis ke? 



ini jawapan bagi soalan marlyn
jujur dan yakin :)
1. Korang suka warna apa?
- suka warna purple dan hijau sebab die bessttt, hehe..


2. Apa sikap bf/gf korang yang korang tak suka?
- sikap ego dan panas baran, back off bro!


3. Feveret food korang
- feveret food ofcoz la masakan emak saya sendiri, chef suria :D


4. Sejak bila join blogging ni
- act da lame da join blogging ni tapi baru je active kan blog july 2011


5. Tempat yang paling korang nak pegi
- ofcoz nak pegi tempat suci dulu ke mekkah, cukupkan 7 pusingan baru bole pusing 1 m'sia pulak, hehe


6. Siapakah kawan baik korang?
- kawan baik? urm..banyak. sape yang baik dengan saya die la kawan baik saya, yer dak?


7. Korang pandai masak tak?
- masak? nak kate pandai tu xde la pandai sangat. boleh la kalau nak buat menantu. huhu :P


8. Habit korang yang tak boleh nak buang?
- selalu makan kaki takbole nak duduk diam, mesti kena angkat kaki sebelah, kalau xtau cuba tengok orang tua-tua makan, dorang duduk camne camtu la saya duduk time makan,haha tapi saya tak ikut orang tua-tua, saya ikut sunnah :) hehe


9. Korang suka pakai shawl?
- haruslah.. trend sekarang kan, suke tengok orang pakai tapi diri sendiri xberapa reti nak memakai. 


10. Binatang yang paling korang geli?
- geli dan takut..tikut gan ular. 


11. Korang berzodiak apa?
-virgo


bawah ni soalan untuk kawan-kawan blogger yang kena tag, 


1. Blogger lelaki ke blogger perempuan yang menjadi pilihan korang, sebab?
2. Yang mana korang lebih suka twitter, blogger atau facebook?
3. Cer komen sikit pasal blog Karya Edisi Sendiri ni.
4. Makanan yang korang tak suka?
5. Kenangan pahit menjadi seorang blogger?
6. Suka layan drama korea tak?
7. Tempat percutian di malaysia yang paling best?
8. Perangai pelik korang?
9. Tujuan korang buat blog?
10. Filem 2011 yang paling best?
11. Perasaan bila kena tag oleh blog yang tak retis ni, haha..


11 soalan, 11 yang kena tag. Jawab jangan tak jawab!!

adybbab
sitihalisa jai
nurfarain AR
Fir Marlyn
yanieyeap
Azlina Hapip
Abu
Miss Eiza
eylla lee sungmin
IFA Athirah
thania

p/s: da jawab send kan url post dekat komen yer. nak mengeratkan hubungan sesama blogger. 
Selamat Menjawab, Terima Kasih :)