Monday, October 31

Tag Dan Jawab ; Get Tagged From Fir Marlyn

Assalammualaikum... pepagi ni jenguk shoutbox aku, tengok-tengok Marlyn bagi tau yang die tag aku untuk jawab segmen yang tengah femes dalam blog sekarang ni iaitu segmen tag, soal dan jawab macam game pulak kan. Eh, kejap..betul ke Marlyn tag aku ni? tengok kat blog die takde pulak blog aku kene tag ke hape, betol ke? macam tak percaye jer.. retis ke blog aku ni? ke aku je yang perasan lebeh? hahaha.. takpe la, pape pun thanks kat cik amalina kerana bagi segmen ni kat saya :) sory baru ade time nak jawab, saya jawab ni..saya jawab ni.. pecah kaca pecah pala..dah kena tag kena la jawab.hahaha sesape yang nak buat segmen ni mesti ade syarat..

You must post these rules.
•Each person must post 11 things about themselves in their jurnal.
•Answer the questions the tagger set for you in their post and create
eleven new questions for the people you tagged to answer
•You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
•Go to their page and tell them you have tagged him/her
•No tags back
•No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading
this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag
11 people

ini dia 11 things abaut fadilahrusli :)

~ seorang yang pendiam tapi suka bagi orang gelak.
~ suka mengambil gambar dan mengindam camera dslr. 
~ dulu budak pendek sekarang budak besar, hehe.
~ tiada lesen kereta dan xde kereta.
~ seorang pelajar sepenuh masa di politeknik ungku omar, ipoh.
~ bercita-cita untuk menjalankan business online
~ suka memasak dan makan. :)
~ mudah jatuh cinta pada senyum seseorang
~ single yang tegar. hahaha
~ peminat drama korea tapi xlayan k-pop 
~ suka shopping dalam berjimat. 


   fuhh.. penat memikirkan pasal diri sendiri.hahaha retis ke? 



ini jawapan bagi soalan marlyn
jujur dan yakin :)
1. Korang suka warna apa?
- suka warna purple dan hijau sebab die bessttt, hehe..


2. Apa sikap bf/gf korang yang korang tak suka?
- sikap ego dan panas baran, back off bro!


3. Feveret food korang
- feveret food ofcoz la masakan emak saya sendiri, chef suria :D


4. Sejak bila join blogging ni
- act da lame da join blogging ni tapi baru je active kan blog july 2011


5. Tempat yang paling korang nak pegi
- ofcoz nak pegi tempat suci dulu ke mekkah, cukupkan 7 pusingan baru bole pusing 1 m'sia pulak, hehe


6. Siapakah kawan baik korang?
- kawan baik? urm..banyak. sape yang baik dengan saya die la kawan baik saya, yer dak?


7. Korang pandai masak tak?
- masak? nak kate pandai tu xde la pandai sangat. boleh la kalau nak buat menantu. huhu :P


8. Habit korang yang tak boleh nak buang?
- selalu makan kaki takbole nak duduk diam, mesti kena angkat kaki sebelah, kalau xtau cuba tengok orang tua-tua makan, dorang duduk camne camtu la saya duduk time makan,haha tapi saya tak ikut orang tua-tua, saya ikut sunnah :) hehe


9. Korang suka pakai shawl?
- haruslah.. trend sekarang kan, suke tengok orang pakai tapi diri sendiri xberapa reti nak memakai. 


10. Binatang yang paling korang geli?
- geli dan takut..tikut gan ular. 


11. Korang berzodiak apa?
-virgo


bawah ni soalan untuk kawan-kawan blogger yang kena tag, 


1. Blogger lelaki ke blogger perempuan yang menjadi pilihan korang, sebab?
2. Yang mana korang lebih suka twitter, blogger atau facebook?
3. Cer komen sikit pasal blog Karya Edisi Sendiri ni.
4. Makanan yang korang tak suka?
5. Kenangan pahit menjadi seorang blogger?
6. Suka layan drama korea tak?
7. Tempat percutian di malaysia yang paling best?
8. Perangai pelik korang?
9. Tujuan korang buat blog?
10. Filem 2011 yang paling best?
11. Perasaan bila kena tag oleh blog yang tak retis ni, haha..


11 soalan, 11 yang kena tag. Jawab jangan tak jawab!!

adybbab
sitihalisa jai
nurfarain AR
Fir Marlyn
yanieyeap
Azlina Hapip
Abu
Miss Eiza
eylla lee sungmin
IFA Athirah
thania

p/s: da jawab send kan url post dekat komen yer. nak mengeratkan hubungan sesama blogger. 
Selamat Menjawab, Terima Kasih :)

Tuesday, October 25

Bosan Pun Ade Cara

kali ni aku nak post kan entry pasal gelagat haiwan ni, ini lah cara aku menghilangkan bosan, 
selain daripada tengok gelagat budak-budak, comel hape kalo tengok gelagat haiwan ni pulak. 
sekali tengok memang lawak dan comel siap ade dialog lagi..ntah pape je kn.hahaha. 
Enjoy it 
:)


eh camano ni ha den nak melantak, ekau tengok apo?

 wassup bro, gua nak lepak dulu.


malu den gambor den masuk blog ni ha, retis den.

 senyum tak perlu kata apa-apa.

 sorry babe malam ni gua tak bole lepak gan uolzz la, my mom kurung i.

 aduhh..malunyo den terjatuh pulak, mano nak tarok muka i ha.

lihat rambutku cantik kan.. kau ade?

let's party begin, i like to move it.

lu langsi la semalam lu skodeng cikaro tak ajak gua.

sayang u janji tanak tinggalkan i kan. i love u, meoww..

p/s: kehilang kucing kesayangan ku yg bernama choki..merayau ikut betina la tu 

Monday, October 24

Encik Mimpi - Putus Di Twitter

rasenye korang mesti penah dengar lagu ni kan? takpe la.. aku nak share jugak boleh..
Ini adalah lagu kesinambungan untuk lagu lagu Cinta Muka Buku dr Najwa Latif
gelak kaya lepas dengar lagu ni..hahaha sempoi la 


-Putus Di Twitter-


p/s: dah banyak sangat lagu camni orang buat, Cinta Muka Bulu..Cinta Muka Tak Malu lagi?

Doa Buatmu Kekasih Allah


“Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,
 Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..
Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu, 
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, 
agar tidak berpaling daripada hatimu,”
Amin..Ya Rabbalalamin..

Sunday, October 23

Adam VS Hawa

Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka, hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi, namun sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza...

1.       Nama
o   Jika Anum, Laila, Ain dan Sarah keluar makan, mereka tetap akan memanggil dengan pangilan nama antara sesame mereka.
o   Jika Adi, Shah, Am, Faiz keluar makan, mereka akan memanggil botak, apek, black dan panjang di antara sesame mereka.

2.       Makan di Luar
o   Apabila dapat bayaran bil Anum, Laila, Ain dan Sarah akan mengeluarkan duit secukupnya dengan jumlah bayaran.
o   Apabila dapat bil bayaran Adi, Shah, Am dan Faiz akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.20. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan sen tersebut.

3.       Duit
o   Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
o   Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila tiba waktu jualan murah sahaja.

4.       Bilik Air
o   Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun dan juga tuala mandi.
o   Wanita pula secara purata mempunyai hampir 20 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya.

5.       Pertengkaran
o   Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
o   Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!

6.       Kucing
o   Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini.
o   Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing jika wanita itu juga menyukai kucing itu.

7.       Masa Hadapan
o   Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
o   Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang wanita.

8.       Kejayaan
o   Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
o   Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!

9.       Perkahwinan
o   Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
o   Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

10.   Sifat Semulajadi
o   Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur.
o   Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Apabila mereka bangun dari tidur? Huh! Menakutkan…


life is a balance of holding on and letting go
. . . . . . . . . . . . . . . .


Harimau Yang Beriman

Kisah ini hanyalah sekadar hiburan, bole cerita kat anak-anak mase tidur :)

Alkisah… Seorang lelaki islam ponteng Solat Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang masuk hutan untuk memburu ayam hutan..sedang dia terhendap-hendap di dalam semak,
tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor Harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah semak, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!!! Kedua-dua kakinya patah. Jangan risau… ini bukanlah berita buruk. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

Ya Allah, doa lelaki tersebut. "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini.. Ampunilah aku ya Allah.. makbulkan hajat ku ini.. jadikanlah Harimau yang memburuku Muslim yang beriman.. tolong ya Allah, Aminn..”
Tiba-tiba…. Sambil menadah kedua kaki depannya ke langit… Harimau tersebut pun berdoa,
“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar, Amin!”


ni Harimau Hagemaru :d

p/s: Sama-samalah kita mengaminkan….amin…

Wednesday, October 19

Practical Life


lega lah sikit bila dapat tau lect tak dapat datang untuk melawat aq yang tengah praktikal ni..
praktikal sungguh!! huh.. giler dibuatnya.
setiap hari kerjenye blog walking.. yahoomail.. dengar lagu
dannn..sudah tentu mengular yer dak?
setakat ni mc every month memang wajib
laporan harian macam longkang..kejap tulis kejap tidak, pasal xtau nk tulis ape, keje pon xbanyak
40% laporan latihan industri yang otw siap. haha otw pun bole sesat kelain.
memang jawab die cuti 2minggu sebelum masuk next sem aq xleh jadi kaki rayau la.
berkurung duk kat umah menghabiskan masa dengan mengadap laptop, ini makan die. aduiii 
moral of the story.. jangan melengah-lengahkan sesuatu perkara, yes that true fadilah!!

p/s; mintak-mintak lah benda ni leh sattel dengan cepatnya, aq xnak kene tinggal pegi bangkok nanti. huaaa..


Orang Bandar Pun Manusia Biasa Jugak!!

Ni nak lepas geram ni.. 
pasal ape nak pandang serong sangat kat orang Bandar atau orang KL ni ha?
Ape masalah nye? Sume orang kl same je ktorang pun manusia biasa jugak, ade akal dan perasaan.
 Tak sume orang kl ni jahat-jahat tau, Tak semua!! Tak payah la nak judge orang dari luaran je.
Kalau kau tinggal kat mane-mane pun even kat utara ke, selatan atau timur ke kau tetap
 tinggal kat m’sia jugak kan..kn.. Cuma amal ibadah kite je berbeza.
Kalau dah tak suka sangat kat orang KL ni  xpayah la nak buat muka kampong yang kau ni baik sangat.
Dah memang sejak azali lagi aq dilahirkan dan membesar dekat KL nak buat macamana kan,
 takkan aq nak salahkan mak aq yang melahirkan aq kat kl ni.
Kalau kau jadi orang kl then orang pandang kau macam kau haram mesti kau pun bengang kan.
Kenape eh? Aq tak kesah pun nak berkawan dengan sape-sape. aq la suke ramai kawan. 
sebenarnya aq pun bukannya anak jati KL sangat, aq ade gak kampong.
Okey la aq sedar aq ni sape.. tipu la kalau aq tak penah buat dosa kan,
aq pun manusia biasa yang tak perfect tapi ade gak adap.
So lepas ni kau boleh la back off dengan orang KL, tak kacau aq lagi bahagia J



p/s ; lumrah manusia kan.. mohon maaf pada sesape yang terasa hati,
saje nak kongsikan ketidakpuasan hati ini ;)

sila jawab!!

Wordless Wednesday #2


p/s; nak mcd jugak!! kempunan da lame xmakan :(

Thursday, October 13

Tak Sangka Buah Cempedak Menjadi Nangka

cewahh..entri entahape-hape kan.haha
memang la jadi nangka tak kan jadi durian pulak.. aduiii, bila sebut durian terliuh pulak, mak nak durian!!
kembali kepada cerita asal.. Tak sangka pulak karangan aq menjadi pilihan afzalsukasuki
dalam segmen sambung ayat kliksini haha tergelak bagai nk kencing bila baca filem pecah panggung : "Aku Budak Jamban" memang tak la kan, aq pun xsangka ayat aq yang cam gampak terabur gigi tu leh terpilih dan ditagkan dalam entri beliau.. sonok n terharu aq doe.hehehe
hamek kau jadi top 5 'penulis sengal' katanye. mintak admin buat contest pulak lepas ni,
aq nk tercalon dalam grand price pulak.haha
kalau korang nk tau ayat yang aq smbung tu pandai-pandai la korang cari sendiri eh pasal aq xsanggup lagi nk bace balek karangan yang boleh buat perut korang pecah terburai-burai *amaran kerasbatu


p/s: 10.5* tuk "Aku Budak Jamban" memang pecah punggung habaq kau!!

Tuesday, October 11

Wordless Wednesday #1


Jom..cari barang tersembunyi :))

Sepetang Selase

Sambil minum air teh O panas cecah biskut kosong petang ni meh layan video ni yg aq nk kongsikan,
 video ni telah di sunting oleh beberapa orang pakar suara yang takde keje.hahaha 
memang kena dengan gaya percakapan dorang.
ape-ape pon korang mesti gelakjahat kalau tengok video ni. 
terel la depa cakap melayu..tabik springgggg!!!






dan lagi >>>>>>>>



nak lagiii ??? korang leh search sendiri dekat youtube  
taip "tidak tenang"

p/s : gelak-gelak jugak jangan lupe solat asar yer ^___^

Tahukah Anda...?


Tahukah anda..
bola dragonball ade 7 biji kesemuanya?? hah, da basi gan fakta karut ni bukan.
kalau yang ni tahukah anda tidak boleh menyentuh buku lali dengan menggunakan siku anda?
 lagi la da penah dengar kn2.
Tapi kali ni aq nk share gn korang fakta yang aq rase aq pun baru tau.hehe.. 
korang tau ker?? =,=!




1. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

2. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

3. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

4. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

5. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. 

6. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

7. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 

8. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 

9. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat 

jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat. 

10. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya 
adalah satu juta bagi setiap orang.


11. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

p/s : ape lagi yang korang xtau tp aq pun xtau? cer cite sikit.hehe

Sunday, October 9

Kerana Blog Anda Begitu Berharga


WOoow banyaknya!!
Blog anda amat berharga sekali, nak tau berapa berharganya nilai blog korang?
meh klik sebelah ni http://bizinformation.com.my


*ramai yang dah tau pasal ni tapi masih membaca entri ni..
ade yang xtau pasal enrti ni dan terus membaca dan mencuba 
terima kasih kerana membaca.hehehe, hape daa..

p/s: nilai hanya sebuah angka sahaja xleh nk tuntut pun :P


Anda Jomblo Yang Mana Bagaimana?

Jomblo pernah tak anda dengar atau tau maksud die? ha ni Jomblo bermaksud gak punya pacar iaitu cewek maupun cowok dalam bahasa melayunye bermaksud lelaki atau perempuan yg berstatus “bujang” kalau xpaham lagi dalam bahasa English die single,ha paham kn. Sebenarnye xde masalah pun dengan status ni, buktinya happy-happy je gn life cmni. Aq pun single kesah hape kau. Tp yang jelas jomblo bukan bererti xlaku cuma belum laku jer.hahaha.. dalam entri ini terdapat beberapa ciri-ciri orang yang berstatus jomblo. korang tengok korang jomblo yang mane?hehe..


     1.  Jomblo Sejati - Jomblo yg ni suci murni belum pernah berpacaran, buta tentang cinta bukan cinta itu buta yer. Lebih fokus kepada pembelajaran.
Ciri-ciri : Budak kacamata tebal, penampilan xterurus, dan suka gigit kuku (tabiat ni)

2.  Jomblo Sniper : Jomblo yg ni belum pernah pacaran tp sudah ada yg berkenan dihati tp xbrani nk luahkan
 i love u smpai sekarang. X gentle bro!!
Ciri-ciri : Suka duduk tempat sunyi menyepikan sorang diri, bawak teropong untuk mengintai perempuan dan selalu melepaskan geram dengan melastik cicak.haha (buang tabiat namenyo)

3.       Jomblo Negatif : Yang satu ni baru jadi jomblo selepas ditinggalkan oleh bekas hatinya. 
Waduh-waduh sedih bangat. dikecewakan, xboleh terima kenyataan dan benci namanya cinta.
Ciri-ciri : Selalu badmood, emosional dan membenci filem cintan-cinton. Harap jauhkn diri dari jomblo yg satu ni yer (jgn cri pasal)

4.   Jomblo Biru – Jomblo ni baru putus pacaran secara rasmi (sama-sama setuju) sebab dah bosan tengok muka masing-masing.
Cirri-ciri : Wajah ceria seperti kanak-kanak ribena yg baru bebas, menikmati hidup dan happy-happy dengan kawan-kawan. Kesimpulannya MERDEKA lah!!

5.   Jomblo Finale – Jomblo yg satu ni semakin dekat dan semakin dekat dengan bakal pasangannya dan hampir melepaskan status kejombloannya.
Cirri-ciri : Setiap hari tidak terlepas dari cermin, make up, fashion update, body care, rajin-rajin baca zodiac, selalu senyum sorang-sorang (ha nape senyum, awak jomblo yg ni ek?)

6.       Jomblo Hunter – Jomblo yg ni menikmati kehidupan jomblonya dan selalu berganti pasangannya dan jomblo lagi, hunting lagi, jomblo lagi, hunting lagi dan seterusnya..jomblo lagi. Playboy la katekn..
Ciri-ciri : Punya bakat Selebriti, mempunyai daya tarikan yang luar biasa, sering menjadi perbualan gadis-gadis : add friend di facebook

7.       Jomblo Impossible – Khusus untuk cowok yg berstatus jomblo kerana ditafsirkan seseorang yg susah untuk didekati, seperti selebriti-selebriti (Britney, Jlo, Beyonce) isteri tetangga, pacaranya orang korporat, isteri simpanan bos dan lain-lain.
Ciri-ciri : Selalu berpenampilan cantik 24jam sehari 7x seminggu, nak kelihatan seperti artis atau merasakan dirinya Tom Cruise.

8.       Jomblo Forever – Khusus untuk cewek yang berstatus jomblo kerana selalu menunggu dan berharap bisa menikahi pria idaman seperti Shah Ruk Khan, Jang Dong Gun, Brad Pitt, Zizan Rajalawak.
Ciri-ciri : Gemar menyimpan foto, poster idolanya dibilik tidur, bilik air, buku, wallpaper handphone dan dalam walletnya. Dalam doanya : “Jadikanlah aku cinderela dan Zizan pengerannya. (waduh...waduh..)

9.       Jomblo Error – Jomblo ini belum pernah sukses dalam pacaran kerana asal menembak seseorang gagal terus, menembak yang lain ditolak terus dan selalu mendapatkan seseorang yang sudah ada yang punya.
 Kacihan deh loe.
Ciri-ciri : Selalu kelihatan Gelojoh, bernafsu, kalo kenalan langsung tawar tunangan besoknya langsung mengajak married. Kata-kata pertama sewaktu berkenalan : “Hi, kenalan nama gue..., married yuk!”

act aq pon xbrape nk paham pasal statement ats ni. haha

sesape yg penah tengok cite ni mesti tau pasal jomblo ni, cerita yg best dan lawak.
*aq tengok dekat astro indon pack 


p/s : Hahaha.. macam-macam jenis Jomblo ni, pilih aje mane satu karekter anda? Aq punye rahsie lah, hehehe.. 

Saturday, October 8

Andai Si Dia Tahu...



Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya-

Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu-

Andai lelaki tahu...
-apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. Tengok pasangan yang  bercinta, semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan jadi tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. -

Andai lelaki tahu...
- apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat-

Andai lelaki tahu...
- seorang perempuan itu berkata "saya mahu awk berubah", itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya tapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan bersama-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari kamu semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan diri kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya-

Andai lelaki tahu... 
- hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan memang dilahirkan sangat complicated untuk difahami tapi kadang-kadang lelaki juga sukar untuk difahami sbb dieorg pon complicated, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

p/s: credit to nisabaseri sbb die sy terpakse letak entri ni.hahaha :))


Friday, October 7

Ramli Masuk MU?




1 dunia orang da tau
Ramli masuk Manchester United!!!
wow...dream come true Ramli anak Malaysia wehh..
patut la perlawanan hartu MU kalah gara-gara Ramli tiada dalam set kan. 
hahaha... lawak la, kecoh betul cite Ramli masuk MU ni. 
good job TM, TM merupakan penaja pasukan Manchester United.

p/s: Jangan lah sombong sangat Ramli, balek la wehh main untuk Malaysia.. please la !!

Salam Jumaat ; Kaki Ponteng Solat Jumaat!!


Hari Jumaat, penghulu segala hari. Kes ponteng sembahyang Jumaat ni selalu terjadi kepada kaum lelaki. Time orang sebuk peg kua rehat untuk ke masjid semayang jumaat diorang ni pulak peg melencong kekedai mamak,sembang-sembang, hisap rokok walhal azan kan masjid dah masuk kali kedua. Kepada kaum wanita jika terjumpa golongan ponteng solat Jumaat ni time orang sembahyang Jumaat, cuba guna cara-cara ini. Agak best, tapi sebenarnya "makan dalam" Hehehe :)

1) Cakap dengan agak kuat, “aku teringin sangtlah nak merasa nikmatnya sembahyang jumaat”, kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya. Kot-kot insaf Mat ponteng tu kn.

2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang sibuk Sembahyang Jumaat”. Mau terbantut nak makan Mat ponteng tu.

3) Jika korang bersama adik, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang jumaat, buat-buat memujuk adik anda dengan mengatakan “adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar ayah bawaklah pergi sembahyang jumaat tu”. Tersentap kat situ jugak Mat ponteng tu nanti.

 4) Pergi ke lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, hari ini hari apa eik, maklumlah saya ni ada masalah sikit nak ingat hari” Mau touching Mat ponteng tu.

5) Kalau korang jenis cantik dan lawa, korang pura-puralah cakap kat kawan korang, “eh aku kan suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool”. Mesti Mat ponteng tu terus balik dan bersiap.

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”. Orang yang tak pergi solat Jumaat ke?  Silap-silap mencanak lari Mat ponteng tu.

7) Kalau korang jenis berani sikit je, korang pura-pura tanya kat kawan depan, “eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”. Mat ponteng tu mesti kerkedu kejap.
                                                                                                              
8 ) Kalau korang jenis yang berani, tegur direct je, “abang dah masuk waktu abang tak sembahyang Jumaat?”. Tersentap terus Mat ponteng tu.  
                              
Okey tak cara ni? sebenarnya kalau lelaki tu dah jenis hati kering korang nasihat dan tegur macamana pun dia haram nak kisah. Cara diatas bukanlah cara yang serius, namun boleh juga digunakan sebagai panduan.
Kalau korang berpendapat cara ni tak logik, tak payah lah buat okay. Lain orang mungkin lain cara menegurnya begitu juga lain orang lain cara mereka menerima teguran. Hati manusia takda siapa pun yang tahu. Mungkin manusia cuma nampak salah orang lain tapi tak nampak salah sendiri.


p/s; Tapi ingat ''Ketahuilah dirimu dengan selalu melihat 'cermin'.. Cermin pertama, pada hatimu.. Cermin kedua, wujud disekelilingmu.. Okay, Selamat Menegur ;)