Sunday, October 23

Adam VS Hawa

Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka, hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi, namun sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza...

1.       Nama
o   Jika Anum, Laila, Ain dan Sarah keluar makan, mereka tetap akan memanggil dengan pangilan nama antara sesame mereka.
o   Jika Adi, Shah, Am, Faiz keluar makan, mereka akan memanggil botak, apek, black dan panjang di antara sesame mereka.

2.       Makan di Luar
o   Apabila dapat bayaran bil Anum, Laila, Ain dan Sarah akan mengeluarkan duit secukupnya dengan jumlah bayaran.
o   Apabila dapat bil bayaran Adi, Shah, Am dan Faiz akan keluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.20. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan sen tersebut.

3.       Duit
o   Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hatinya. Walupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
o   Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila tiba waktu jualan murah sahaja.

4.       Bilik Air
o   Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun dan juga tuala mandi.
o   Wanita pula secara purata mempunyai hampir 20 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya.

5.       Pertengkaran
o   Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
o   Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!

6.       Kucing
o   Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini.
o   Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing jika wanita itu juga menyukai kucing itu.

7.       Masa Hadapan
o   Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
o   Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang wanita.

8.       Kejayaan
o   Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
o   Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!

9.       Perkahwinan
o   Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
o   Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

10.   Sifat Semulajadi
o   Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur.
o   Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Apabila mereka bangun dari tidur? Huh! Menakutkan…


life is a balance of holding on and letting go
. . . . . . . . . . . . . . . .


1 comment:

Noor Maizan said...

perghhh ade betulnya lah..