Tuesday, September 27

Hargailah Kelebihannya Terimalah Kelemahannya

Harini mood jiwang pulak
syahdu ~.~
syahdu ~.~

layan jela...

jika kamu memancing ikan..

setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali kamu..
lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit..!
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita..
selagi ia masih hidup
begitulah juga..
setelah kamu memberi..
banyak pengharapan kepada seseorang
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
kerana..
dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu..
jika kamu menadah air..
biarlah berpada - pada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluan mu..
kerana..
apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya, ia akan dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..



terimalah dia seadanya..

hargailah kelebihannya..
terimalah kelemahannya..



No comments: